Politik Oh Politik - PR atau BN
Hari ini saya ingin bercakap tentang situasi politik di Malaysia jauh daripada topik blog saya tetapi tangan ini terasa gatal sahaja nak tulis pasal politik. Bukan mahir tentang politik tetapi tidak suka dengan situasi sekarang. Sekarng keadannya tidak tenang , banyak fitnah dan benci membenci. Minta maaf ye, saya adalah penyokong Umno dan BN. Kepada penyokong-penyokong Pas dan PKR, jangan jadikan penyokong UMNO sebagai lawan dan dibenci kerana situasi sekarang adalah politik fitnah dan benci membenci. Di sini saya tulis sebab-sebab mengapa Melayu perlu bersatu dan menyokong UMNO dan BN semula.
1) UMNO telah menolong Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan. Jangan lupa pada sejarah
2) Anwar Ibrahim telah gagal dan tidak layak untuk menjadi pemimpin atau hasratnya menjadi PM sejak tahun 1998 lagi kerana gagal dalam polisi kewangannya semasa menjadi Menteri Kewangan. Memegang jawatan adalah tanggung jawab dan memerlukan kebijaksanaan. Bayangkan seorang yang tidak bijak menjadi ketua sebuah perniagaan atau syarikat. Syarikat akan musnah dan gulung tikar dan pekerja hilang pekerjaan.
3) Samada Anwar Ibrahim, meliwat atau tidak , dia dianiya bagi pendapat penyokong PKR dan sebagainya, itu tidak sepatutnya menjadi asas untuk menyokong Anwar dan membenci UMNO, tetapi dia memang tidak bijak sebagai pemimpin kerana telah gagal sebagai Menteri Kewangan.